Monday, March 16, 2009

Sajak-sajak era dulu



TEBING BARAT – WEST BANK

Dari tebing dikau merintih
lagu sedih bangsa terserpih
itulah daerah merah
darah mengalir di pasir
pejuang di bumi pesisir
menatap pada potret bung yasser
perdamaian israel dan mesir

Itulah riwayat dari pusara
kubur-kubur tidak bertanda
sepanjang sempadan dan tanah usang
di jordan israel syria dan lubnan
tanah gaza haifa ramalah serta jerusalem
palestin itu di mana?

Bangsa yang utuh
ugama yang kukuh
disiksa dari tahun ke tahun
pada tembakan M16
terjaga anak dalam buaian
tangisan malam tidak berbintang
terpahatlah semangat waja
perjuangan turun temurun
kemerdekaan kau kejar mesti
palestin wajib dibebaskan
dari belenggu zionisme

Manan Wan
Julai 1982




MAHASISWA HARI INI

Mahasiswa hari ini
Angkatan yang pudar
Disudukan dan disuapkan
agar mulut mu tidak bersuara
agar ilmu mu teratur rapi
bakal menjadi pak turut sejati

Mahasiswa hari ini
Masa depan yang cerah
Penelaahan sekadar lulus cuma
tapi kau sedar
semangat mu
kewibawaan mu
keislaman mu
nasionalisma mu
lihatlah mendung di langit
bumi pasti kan basah
pengangguran pasti bertambah
tujuh puluh juta dalam pembiakan
tandingan mu merebut sarapan

Mahasiswa hari ini
garis-garis penukar zaman
perindustrian dan perbandaran
itulah kampus mu
mencari nafkah di bumi nyata

Manan Wan
17 Ogos 1984

Saturday, February 28, 2009

The Development Set


Excuse me, friends, I must catch my jet
I'm off to join the Development Set;
My bags are packed, and I've had all my shots
I have traveller's checks and pills for the trots!

The Development Set is bright and noble
Our thoughts are deep and our vision global;
Although we move with the better classes
Our thoughts are always with the masses.

In Sheraton Hotels in scattered nations
We damn multi-national corporations;
injustice seems easy to protest
In such seething hotbeds of social rest.

We discuss malnutrition over steaks
And plan hunger talks during coffee breaks.
Whether Asian floods or African drought,
We face each issue with open mouth.

We bring in consultants whose circumlocution
Raises difficulties for every solution --
Thus guaranteeing continued good eating
By showing the need for another meeting.

The language of the Development Set
Stretches the English alphabet;
We use swell words like "epigenetic"
"Micro", "macro" and "logarithmetic"

It pleasures us to be esoteric --
It's so intellectually atmospheric!
And although establishments may be unmoved,
Our vocabularies are much improved.

When the talk gets deep and you're feeling numb,
You can keep your shame to a minimum:
To show that you too are intelligent
Smugly ask, "Is it really development?"

Or say, "That's fine in practice, but don't you see:
It doesn't work out in theory!"
A few may find this incomprehensible,
But most will admire you as deep and sensible.

Development set homes are extremely chic,
Full of carvings, curios, and draped with batik.
-level photographs subtly assure
That your host is at home with the great and the poor.

Enough of these verses - on with the mission!
Our task is as broad as the human condition!
Just pray god the biblical promise is true:
The poor ye shall always have with you.

Ross Cogins
1976
Thursday, January 1, 2009

LIDAH-Edisi Khas 2008: Perutusan Daripada Presiden

Oleh: Wan Abdul Manan Wan Muda (Presiden PKAPUSM)

Warkah 1:
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga USM yang budiman,

Bagi pihak PKAPUSM saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ahli di atas sokongan yang sdra/i berikan sejak setahun yang lalu. Dan sejak setahun yang lalu juga pelbagai peristiwa telah terjadi yang kadang kala di luar dugaan kita. Namun sebagai golongan terpelajar dan komuniti akademik kita harus berfikir dan bertindak selangkah di hadapan, dan hanya dengan cara itu kita akan menjadi relevan dan menjadi peneraju atau peneroka di bidang pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan juga tindak tanduk harian. Universiti dan para akademik kini menghadapi cabaran yang besar untuk membuktikan bahawa universiti pada hari ini bukan sekadar menara gading yang lesu tetapi sebuah pusat kecemerlangan yang bakal memacu kemajuan dalam semua bidang yang merangkumi sains, teknologi, sosial, politik, budaya dan pembinaan bangsa yang belum selesai.

Sejak tahun lepas sehingga Februari 2008 kita telah mengadakan beberapa perbincangan dan perbincangan di kalangan persatuan-persatuan kakitangan akademik dan juga dengan Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan isu autonomi universiti, kebebasan akademik, kecemerlangan akademik, penurunan kuasa kepada IPTA, pindaan AUKU, skim perkhidmatan pensyarah dan guru dalam universiti dan pelbagai lagi isu yng mencakupi hal ehwal universiti dan para warganya.

Salah satu kejayaan yang kita capai pada tahun lepas ialah persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi mengiktirafkan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) sebagai badan yang mewakili suara kakitangan akademik IPTA dalam urusan rundingan dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Kita juga telah berjaya mewujudkan persefahaman untuk mengadakan mesyuarat berkala tiga penjuru, yang pertama antara wakil persatuan kakitangan akademik dengan semua pendaftar IPTA dan KPT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPT, dan satu lagi antara persatuan kakitangan akademik dengan semua naib canselor IPTA yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi. Kedua bentuk mesyuarat tiga penjuru ini diharapkan dapat menyelesaikan banyak masalah secara rundingan yang juga berasaskan perkongsian bijak di antara ketiga-tiga golongan di atas. Namun begitu ini tidak bermakna pihak persatuan kakitangan akademik telah hilang taringnya sebagai pembela golongan akademik dan pentadbir yang tertindas, sekali-kali tidak. Perjuangan kita untuk kebebasan akademik dan hak akademik diteruskan. Malah menerusi forum-forum sedemikian ada kalanya kita dapat mendepankan pandangan dan pendirian kita dengan lebih berkesan dan mendapat timbalbalik segera.

Ketidakpuasan dan rasa tidak berkuasa (powerlessness) akan sentiasa wujud di kalangan warga kita, dan adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan tidak wujud salahguna kuasa dan suasana yang tidak adil dalam universiti kita. Kita berjuang di peringkat nasional dan juga di peringkat setempat, apabila ramai dari kalangan kita yang berani bersuara dan berani mendedahkan kezaliman dan salah laku maka semakin banyaklah kes-kes sedemikian diketengahkan dan ditonjolkan di peringkat umum untuk dinilai atau dihukum oleh pandangan umum (public opinion). Salah satu tugas utama golongan intelektual yang disarankan oleh Noam Chomsky ialah ” untuk menyuarakan kebenaran dan mendedahkan pembohongan atau kepalsuan (to speak the truth and expose lies.)”, justeru sebagai golongan intelektual dan ilmuwan kita perlu sentiasa berpegang dan mengamalkan kejujuran intektual dan menyuarakan kebenaran dalam apa bentuk sekalipun mengikut kemampuan dan keberanian kita.

Sewaktu saya menulis nukilan ini kita belum lagi tahu siapa yang bakal menjadi MenteriPengajian Tinggi, sebab jika kita mendapat menteri yang tidak mempunyai ketokohan dan kewibawaan untuk memimpin, maka kita akan berdepan dengan banyak masalah nantinya. Namun begitu, keputusan pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini telah memberi petanda bahawa golongan muda dan golongan terpelajar lebih berani membuat pilihan dan memberi isyarat bahawa pimpinan baru perlu lebih telus dan mesra rakyat. Oleh itu isu pindaan AUKU bakal menjadi satu isu penting rasanya pada tahun ini. Gejolak politik negara kelihatan menuju ke arah sistem dwi parti, walaupun ramai rakan akademik yang menjadi penganalisis politik di muka tv kebanyakannya masih belum dapat keluar dari kepompong lama mereka.

Pihak USM sekarang telah memulakan penurunan kuasa kepada PTJ masing-masing untuk mengendalikan beberapa kebijakan yang sebelum ini ditentukan oleh pihak pusat. Diharapkan penurunan kuasa ini akan mempercepatkan jentera pentadbiran dan pengurusan dalam universiti. Namun begitu kita harus sentiasa berwaspada supaya tidak berlaku penyelewengan dan salahurus di peringkat PTJ atau kewujudan ”little Napoleans” yang bermaharajalela. Pada masa yang sama pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah menurunkan kuasa juga kepada pihak universiti untuk membuat keputusan sendiri dalam beberapa hal yang sebelum ini diputuskan di peringkat KPT. Keadaan yang wujud ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan pihak persatuan yang sudah begitu lama memperjuangkan autonomi universiti, walaupun kita belum mencapai autonomi yang diidamkan tapi autonomi yang sedikit ini diharap dapat diperluaskan lagi di masa hadapan.

Warkah 2:

Dalam catatan sebelum ini saya ada menyatakan bahawa kita belum pasti siapa bakal menjadi Menteri Pengajian Tinggi yang baru. Namun, di antara tarikh itu sehingga LIDAH keluaran ini diterbitkan pihak kerajaan telah mengumumkan barisan kabinet baru Malaysia selepas pilihanraya ke 12 baru-baru ini. Menteri Pengajian Tinggi yang baru ialah Dato’ Seri Khaled Nordin, dan pada kesempatan ini pihak PKAPUSM mengucapkan tahniah kepada beliau kerana diberi kepercayaan untuk menerajui sebuah kementerian yang sangat penting ini.

Secara kebetulan pada 18 April 2008 yang lalu, saya, setiausaha PKAPUSM Sdr Ruzita dan Setiausaha Agung GERAK Sdr Abdul Rahman Othman dijemput untuk majlis suaikenal dan dialog dengan Dato’ Seri Khaled Nordin di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya, turut hadir sama adalah wakil persatuan kakitangan akademik IPTA seluruh Malaysia, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KPT dan pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Saya kira ini adalah permulaan yang baik untuk kita kerana menteri baru ini bersikap agak terbuka dan sedia mendengar pandangan pelbagai pihak serta beliau sendiri menyatakan bahawa beliau sentiasa ingin mendengar pandangan pihak kakitangan dan akan menimbangkannya dengan pandangan naib-naib canselor sebelum sesuatu keputusan dibuat jika ia melibatkan soal kebajikan dan kepentingan kakitangan.Adalah terlalu awal untuk meramal bentuk atau gaya bagaimana tindak tanduk menteri baru ini dalam menangani isu-isu berkaitan pendidikan tinggi negara dan ke arah mana beliau akan menakhodai perjalanan IPTA kita di masa depan? Saya berharap pimpinan baru ini akan lebih berani dan telus untuk melangkah ke depan demi memartabatkan universiti dan keluhuran akademik. Kecemerlangan perlu sentiasa menjadi kayu ukur untuk peningkatan taraf kita sebagai universiti yang dihormati, justeru ia merangkumi pimpinan universiti yang berkaliber, golongan akademik yang menjunjung kejujuran intelektual, menegakkan kebenaran dan mengenepikan penipuan.

Pada sesi dialog dengan menteri itu kami sempat mengadakan beberapa pembentangan, yang paling utama ialah isu skim perkhidmatan pensyarah dan kakitangan lainnya dalam IPTA dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Sehubungan dengan itu isu pengambilan pensyarah baru yang berkelulusan PhD atau setara kepada gred DS51 bakal diusahakan tidak lama lagi dan menteri telah berjanji tidak akan melengahkan lagi pelaksanaannya. Tetapi sebelum itu golongan yang berada pada gred DS45 dan memiliki PhD juga perlu dinaikkan dahulu ke DS52 secepat mungkin. Isu ini telah diperjuangkan oleh PKAPUSM dan rakan-rakan PKA lain sekian lama, tapi masih belum di implementasikan secara menyeluruh di semua IPTA. Diharapkan hambatan ini akan berakhir dalam masa terdekat.

Edisi Khas LIDAH (Tahun 2008) yang lengkap boleh diperolehi dari pejabat PKAPUSM di Rumah Merah USM.
Posted by Lidah at 5:29 PM
Labels:


Friday, September 5, 2008

USM as APEX University - PKAPUSM's Reaction
4th September 2008

USM Selected as Apex University – PKAPUSM’s Reaction

The Universiti Sains Malaysia Academic and Administrative Staff Association (PKAPUSM) welcome the move by the Ministry of Higher Education to categorize USM as the Apex University in Malaysia. We congratulate USM and her staff for their continuous effort in proving that they can and will achieve “world-class status” through the Accelerated Program for Excellence (APEX) initiative.

USM is the second oldest university in Malaysia and will commemorate its 4Oth anniversary next year. Having been selected as the Apex University will be a great challenge to USM and it will have to prove its worth and capability to be one of the world’s top universities in the near future. However, without cooperation of all segments of the USM staff and students, it will not be easy for USM to realize its plan of action. Words have to be translated into hard work and academic dynamism.

To be categorized as an Apex University is not like being given a crown, but it is accepting the duty and trust for USM to pursue higher and leading the higher education edge in Malaysia. The people of Malaysia and the world in general will witness what USM is made up of. We are of the opinion that to be a world-class university, the immediate thing to create or achieve is the culture of excellence on campus, it will encompasses the academic culture, research culture and intellectual culture. With respect to creating the culture of excellence which is the prerequisite towards achieving a world-class university, several factors have to be taken seriously.

1. Teaching and Learning – Improvement in the quality of teaching and learning, recruiting more academic staff and expert with the best qualifications. The quality of students also needs to be assessed before admission to the undergraduate and postgraduate programs.

2. Research – Even though the research track record in USM can be proud of, nonetheless, research activities need to be increased and upgraded in all fields with immediate effect. The immediate benefit of research can be presented in the classroom for both postgraduate and undergraduates apart from being disseminated in peer-reviewed journals of discipline concerned or presented in conferences. Research is the engine of economic development, it will contribute expertise, skills, knowledge generation and dissemination. However, the overzealousness for research should not be at the expense of teaching. Ideally, research and teaching should complement each other, and one of the attribute of a world-class university is to be able to strike the right balance between the two.

3. Academic Freedom and University Autonomy – University autonomy normally refers to the independence of universities from the state and all other forces of society, to make decision regarding its internal government, finance, administration, and to establish its policies of education, research, extension work and other related activities. History has shown that those universities which retained their autonomous status have a long tradition of scholarship and at the forefront of research in their own societies.

Autonomy will promote academic freedom and intellectual dynamism that is central to a world-class university. Academic freedom refers to “the freedom of members of the academic community individually or collectively, in the pursuit, development and transmission of knowledge, through research, study, discussion, documentation, production, creation, teaching, lecturing and writing.” Thus, unless academic freedom is given its due place and respect within a university, significant contribution to the quality of the institution as a whole cannot be promoted to an excellent level. In this respect, USM should exercise its university autonomy and academic freedom through greater autonomy and flexibility that was enshrined under the Apex initiative.

4. Academic Leadership – One of the important attribute of a world-class university is self-governance, where internal self-governance by ensuring that the academic community has control over the main academic functions such as admission of students, curriculum, criteria for graduation, selection of new members of the professoriate, and future direction of the institution. A university is neither a government department nor a business agency. A university of excellence will require a democratic leadership to be able to cater to the needs of various disciplines and coordinate them in such a way that the mission of the university will be fulfilled.

Academic leadership is essential to navigate the university to achieve a world-class status. Appointing the right person can lead the institution to the platform of excellence, while promoting the wrong individual can be a journey down the mediocratic path.

PKAPUSM belief that the campus community need to unite their forces to make the Apex initiative a reality. The academic staff will play a major role in realizing the Accelerated Program for Excellence (APEX); however, other groups should not be marginalized. We may need new thinking and new negotiation, particularly in relation to terms of services. Under the Apex scheme the university should be able to attract more academics and researcher with calibre from within and outside Malaysia. However, those people who have given their long service and have been loyal to the university should not be neglected.

A world-class university is not about producing scientists, engineers, doctors and technicians with higher degrees. What we are lacking are thinkers in our universities in particular and our society in general.

Wan Abdul Manan Wan Muda
President
Posted by Lidah at 11:36 PM 0 comments


USM Universiti APEX - Kenyataan PKAPUSM
4 September 2008

USM di pilih Universiti Apex – Pandangan PKAPUSM

Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (PKAPUSM) menyambut baik pengiktirafan USM sebagai satu-satunya universiti Apex di Malaysia. Kami juga mengucapkan tahniah kepada keluarga USM kerana telah berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk melaksanakan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX).

USM merupakan universiti kedua tertua di Malaysia, dan akan menyambut ulangtahun ke 40 pada tahun hadapan. Namun perlantikan university Apex in merupakan cabaran yang paling besar untuk USM membuktikan keunggulannya sebagai sebuah universiti bertaraf dunia untuk beberapa tahun akan datang. Tanpa gembelengan tenaga semua warga USM, peningkatan ke taraf dunia mungkin tidak semudah yang dirancangkan.

Menerima pengiktirafan Apex bukanlah menerima sebuah mahkota, tetapi merupakan satu kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk USM memacukan diri dan pendidikan tinggi di Malaysia ke tahapyang lebih tinggi di mata rakyat dan mata dunia. Untuk mencapai universiti bertaraf dunia kami berpendapat, perkara utama yang perlu diwujudkan ialah budaya kecemerlangan dalam universiti, ia merangkumi budaya akademik, budaya penyelidikan danbudaya intelektual yang lebih terbuka. Dalam hal ini kami ingin menggariskan beberapa ciri yang perlu diberi perhatian serius untuk memacu USM ke persada “world class”.

1. Pengajaran dan pembelajaran - peningkatan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan meningkatkan tenaga pengajar mahir dan pakar dalam bidang dan berkelulusan terbaik. Kualiti pelajar juga perlu dinilai untuk kemasukan baik diperingkat sarjana muda atau pasca siswazah.

2. Penyelidikan – Walaupun setakat ini bidanag penyelididan di USM bolehlah dibanggakan , tetapi aktiviti penyelidikan perlu ditingkatkan serta merta dalam semua bidang. Penyelidikan berkait rapat dengan pengajian peringkat pasca siswazah dan penambahan bilangan penyelidikan secara langsung akan menambahkan bilangan graduan peringkat sarjana dan kedoktoran serta juga bilangan penerbitan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Namun penumpuan berlebihan terhadap penyelidikan tidak harus membelakangkan tugas pengajaran, secara ideal penyelidikan dan pengajaran saling membantu. Antara sifat yang dimiliki oleh universiti bertaraf dunia ialah kemampuan mereka mencapai keseimbangan antara pengajaran dan penyelidikan.

3. Kebebasan Akademik dan Otonomi Universiti – Otonomi universiti bermaksud kebebasan universiti daripada campurtangan pemerintah atau lain kumpulan dalam negara dalam usaha USM membuat keputusan berkaitan dengan pengurusan dalaman, kewangan, pentadbiran dan menggubalkan dasar pendidikan, penyelidikan, kerja-kerja perkembangan dan aktiviti lain yang berkaitan. Sejarah telah menunjukkan bahawa otonomi universiti merupakan satu ciri utama universiti bertaraf dunia.

Kebebasan akademik menyentuh hak dan tanggungjawab para mahasiswa dan pensyarah dan ia bakal mewarnai pengajaran dan kesarjanaan. Kebebasan akademik merujuk kepada kebebasan ahli komuniti akademik secara individu ataupun kolektif menimba ilmu, mengembangkannya dan menyebarkannya menerusi penyelidikan, pengajian, perbincangan, dokumentasi, pengeluaran, penciptaan, pengajaran, kuliah dan penulisan. Kebebasan akademik adalah prinsip dan panduan kepada golongan akademik dan perlu diperkembangkan serta dipertahankan setiap masa.

Sehingga kebebasan akademik mendapat tempat yang sewajarnya dalam universiti, sumbangan yang bermakns ke arah memacukan mutu institusi secara menyeluruh ke peringkat kecemerlangan tidak mungkin tercapai. Dalam hal ini USM perlu meneguhkan kebebasan akademik dan otonomi universiti menerusi keluwesan yang merupakan ciri-ciri yang dijanjikan kepada universiti Apex.

4. Kepimpinan Akademik – Salah satu ciri utama universiti bertaraf dunia ialah urus tadbir sendiri (self-governance), yang bermaksud komuniti akademik mempunyai kuasa mengawal fungsi akademik yang utama seperti kemasukan pelajar, kurikulum, criteria untuk pengijazahan, pemilihan pensyarah baru atau kakitangan baru, dan hala tuju msa depan universiti. Perlu ditegaskan bahawa universiti bukanlah sebuah jabatan kerajaan, dan juga bukan sebuah agensi perniagaan.Universiti yang cemerlang memerlukan kepimpinan yang demokratik serta mampu memenuhi dan menampung keperluan pelbagai disiplin dengan baik. Kepimpinan akademik memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan sama ada universiti bakal melonjak ke atas atau menerjun ke bawah pada skala penarafan peringkat dunia.

PKAPUSM berpendapat semua golongan dalam kampus perlu menghayati taraf Apex yang ingin dilaksanakan. Golongan akademik merupakan golongan yang utama untuk memastikan sama ada Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan ini menjadi realiti. Justeru beberapa perubahan perlu difikirkan, selain dari apa yang di senaraikan di atas, perkara-perkara berkaitan sekim perkhidmatan kakitangan juga perlu dikaji. Di bawah penurunan kuasa atau otonomi universiti, USM seharusnya mampu menarik para akademik dan penyelidik yang berkaliber dari seluruh dunia, suasana keantarabangsaan merupakan salah satu ciri kecemerlangan akademik. Kakitangan yang sedia ada dan telah terbukti khidmat dan jasa mereka kepada USM juga perlu diberi pengiktirafan.

Bila kita berbicara tentang universiti bertaraf dunia ia bukan saja soal menghasil seramai mungkin para saintis, teknologis, jurutera, doktor atau golongan teknokrat, tetapi kita juga perlu melahirkan para pemikir. Universiti kita sangat kekurangan para pemikir, apa tah lagi dalam masyarakat umum.

Wan Abdul Manan Wan Muda
Presiden PKAPUSM
Posted by Lidah at 11:20 PM